Terdapat 215 berita berdasarkan kata kunci carian "washington"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.

Ringgit, Ekuiti Asia Bakal Raih Manfaat Susulan Jangkaan Dolar AS Terus Lemah - Stanchart

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank.

Peluang Malaysia 55 Peratus Untuk Kurangkan Tarif AS Kepada 15-19 Peratus - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun Ringgit Kukuh

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini lebih tinggi walaupun dolar AS mengukuh, berikutan kebimbangan geopolitik yang mendorong permintaan terhadap aset selamat.

Data Ekonomi AS, Perdagangan Tidak Menentu Jejas Ringgit Ketika Ditutup

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju itu.

AS Runding Dengan Negara ASEAN Mengenai Tarif, Peluang Pelarasan Kadar Masih Terbuka 

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.

China Bantah Tarif Tidak Berasas – Menteri Luar China Wang Yi

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- China menegaskan pendiriannya membantah sebarang tarif yang dianggap tidak berasas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Tarif: Malaysia Perlu Perkukuh Hubungan, Kerjasama Multilateral Dengan ASEAN – Ahli Ekonomi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Malaysia perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan intra-ASEAN dan melibatkan diri dalam perkongsian pelbagai hala, kerana pendekatan ini akan mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara tunggal.

MARGMA Gesa Rundingan Tarif Dengan AS Berkaitan Kenaikan Duti Sarung Tangan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan segera memulakan rundingan tarif mengikut sektor tertentu dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan keputusan Washington untuk menaikkan duti import ke atas sarung tangan getah kepada 25 peratus mulai 1 Ogos 2025.

Malaysia Lindungi Kepentingan, Kedaulatan Negara Dalam Rundingan Tarif Dengan AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam perkara penting berkaitan kepentingan dan kedaulatan negara ketika rundingan mengenai tarif yang diadakan dengan Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Kekal Optimistik Terhadap Hasil Rundingan Tarif Dengan AS

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal optimistik terhadap hasil rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), dengan menumpukan kepada sektor tertentu yang boleh membawa manfaat kepada kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.