13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan global membabitkan kenaikan kos tenaga dan risiko inflasi susulan konflik Timur Tengah yang meruncing.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 95,285 kes bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM6.2 bilion diselesaikan sehingga 18 Februari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
13hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang peniaga.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kumpulan Pelaburan MARA menyalurkan sumbangan korporat dan menyerahkan zakat perniagaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM56,000.
14hari ago
KUALA LUMPUR, Mac 4 (Bernama) -- Komitmen Malaysia berkaitan Kepastian Perlesenan yang termaktub dalam Kenyataan Bersama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) (Artikel 5.2) dan Memorandum Persefahaman (MoU) Mineral Kritikal (Seksyen 3, Kawasan Kerjasama) tidak menjejaskan keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan syarat teknikal ke atas Lynas Malaysia atau syarikat unsur nadir bumi (REE) lain yang bakal diluluskan pengoperasiannya di Malaysia.
15hari ago
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- ZTE Corporation (ZTE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan SACOFA Sdn Bhd untuk meningkatkan infrastruktur digital Sarawak dan menyokong objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Ekonomi Digital kerajaan negeri.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran asasnya bahawa ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, dengan purata pada 2026 adalah sekitar RM4.00 (2025: RM4.28).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan pihaknya telah melaksanakan hak kontraktual mengikut Perjanjian Akses 5G dengan mematuhi sepenuhnya syarat khusus mengenai penamatan awal serta keperluan yang berkaitan dengan model dwi-rangkaian 5G.
16hari ago
KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.