Terdapat 612 berita berdasarkan kata kunci carian "petrol"

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Meningkat 1.1 Peratus Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat negara meningkat 1.1 peratus kepada 183.6 juta tong pada 2025, sekali gus memulihkan penyusutan 3.5 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Petronas Pantau Rapat Perkembangan Di Timur Tengah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memantau dengan teliti perkembangan di beberapa kawasan di Timur Tengah dan kekal komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja dan keluarga serta kontraktor yang menyokong operasinya di seluruh rantau itu.

Sabah Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas – Hajiji

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.

Lonjakan Permintaan LNG Malaysia Dijangka Sokong Pertumbuhan Ekonomi - CIMB

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Eksport Gas Asli Cecair (LNG) negara yang kukuh memberi kelebihan kepada Malaysia daripada kenaikan harga gas, dengan anggaran setiap kenaikan US$5 per juta  British Thermal Unit (mmbtu) dapat menyumbang kira-kira 1.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam akaun semasa.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam. 

Kerajaan Kekalkan Harga Subsidi RON95 Pada RM1.99 Seliter - Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Penutupan Selat Hormuz Dijangka Hadkan Bekalan Minyak Mentah Dan LNG

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Penutupan sementara atau sekatan di Selat Hormuz dijangka menghadkan bekalan sekali gus meningkatkan harga minyak mentah global dan gas asli cecair (LNG), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.

Pendedahan Malaysia Kepada Konflik AS-Iran Sederhana, Boleh Urus - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.

Harga Minyak Dijangka Meningkat Ke Paras US$90-US$100 Susulan Loji Ras Tanura Tutup Sementara - Penganalisis

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.