11hari ago
TOKYO, 7 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke sini bermula esok (8 Jun) hingga 10 Jun depan, atas jemputan kerajaan Jepun, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar.
12hari ago
BANGKOK, 6 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang memperingkatkan usaha untuk mengembangkan jejak francaisnya di Thailand dengan Perbadanan Nasional Bhd (Pernas), menyasarkan potensi jualan sebanyak RM30 juta melalui penyertaannya dalam pameran Francais dan Peluang Perniagaan Thailand (TFBO) 2026.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan secara mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan, terutamanya perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca di beberapa rantau pengeluar getah utama.
12hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.
13hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), dengan sokongan Tourism Malaysia Almaty dan Kedutaan Malaysia di Uzbekistan, berjaya menganjurkan Program Sales Call MyCEB pertamanya dan Seminar Acara Perniagaan Malaysia di Almaty, Kazakhstan pada 2 Jun serta di Tashkent, Uzbekistan pada 4 Jun.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26), konvensyen utama Tenaga Nasional Bhd (TNB), melabuhkan tirainya hari ini dengan sokongan padu industri yang berfokuskan untuk mengubah dialog dan perbincangan strategik kepada tindakan serta pelaksanaan yang konkrit.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas.
13hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk semalaman daripada Wall Street bercampur-campur dan kebanyakan pasaran serantau memulakan dagangan dengan dicatatkan rendah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia memerlukan hala tuju dasar dan kawal selia yang jelas untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan menyokong agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun dalam harga niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah berikutan kebimbangan mengenai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat yang berpanjangan, kata seorang peniaga.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati pasaran terhadap kenaikan harga bahan api, ketegangan geopolitik yang tidak berkesudahan dan ketidakpastian perdagangan global.