BERITA TERKINI   Presiden dan CEO Kumpulan Malaysia Aviation Group Kapten Nasaruddin A. Bakar dilantik sebagai ahli lembaga gabenor IATA  | Pemimpin agama perlu tangani keperluan golongan muda berdepan ancaman maklumat palsu didorong oleh AI - Sultan Perak | Keamanan dinikmati Malaysia kini membuktikan toleransi, keharmonian antara agama boleh dicapai - PM Anwar | Islam adalah agama Persekutuan, perlu pastikan setiap warganegara berasa selamat, dilindungi dan dihormati sama rata - PM Anwar | Pemimpin agama kekal relevan sebagai suara hati nurani, kewarasan dan toleransi dalam dunia pascanormal - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun dalam harga niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah berikutan kebimbangan mengenai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat yang berpanjangan, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga terjejas oleh rasa ragu-ragu terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US selepas data ekonomi AS mula menunjukkan daya tahan dan keyakinan terhadap pematuhan perjanjian perdagangan Kesatuan Eropah-AS,” katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga itu, harga minyak susut hari ini apabila perjanjian gencatan senjata di Asia Barat meningkatkan harapan ke arah perjanjian yang lebih luas bagi menamatkan perang AS dengan Iran, manakala Dewan AS telah meluluskan resolusi untuk mengekang kuasa perang Presiden AS Donald Trump.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjangkakan pertumbuhan global boleh melembap kepada 2.1 peratus pada 2026 dan 1.8 peratus menjelang 2027 jika gangguan tenaga berterusan sehingga 2027,” tambahnya.

Pada 3 petang, harga SMR 20 jatuh 9.5 sen kepada 932 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal pada 761 sen sekilogram.

-- BERNAMA