1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi susulan permintaan eksport yang lebih kukuh khususnya disebabkan kelemahan harga bahan komoditi itu baru-baru ini, menurut seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, didorong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama iaitu Thailand, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$124.3 bilion setakat 15 Dis, 2025.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Razorpay Curlec Sdn Bhd menyasarkan fasa pertumbuhan seterusnya syarikat itu ketika pasaran pembayaran digital Malaysia beralih daripada penerimagunaan pantas kepada keupayaan integrasi, skala dan rentas sempadan yang lebih meluas.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan akibat hujan lebat berterusan di daerah pengeluar getah di Thailand dan Malaysia, kata pakar industri Denis Low.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil antara RM3,800 hingga RM4,100 satu tan pada Januari 2026, disokong oleh prospek penawaran dan permintaan yang seimbang, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara.
1bulan ago
PADAWAN, 18 Dis (Bernama) -- Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) hari ini mengadakan majlis pecah tanah projek Barisan 2 Pengeluaran Klinker Mambong bernilai RM673 juta.
1bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Industri automotif Malaysia melalui satu peralihan yang hebat pada tahun ini, berkembang daripada industri pemasang dan pasaran pengguna kenderaan kepada hab automotif bersepadu yang bersedia untuk kenderaan elektrik dan dipacu oleh rantaian bekalan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan jumlah jualannya ke Eropah akan meningkat dengan ketara pada suku kedua bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026, disokong oleh tempahan yang tinggi baru-baru ini.