1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menyelaraskan ekonomi sebenar dengan perkembangan berterusan dalam pasaran modal ketika negara melakukan transformasi terhadap kerangka ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,132 projek pelaburan meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Selangor bagi 2023 hingga Jun 2024 dengan nilai pelaburan berjumlah RM90.21 bilion, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
1tahun ago
PORT DICKSON, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan merancang untuk membangunkan koridor pelancongan dan perkhidmatan sebagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya di Port Dickson.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.
1tahun ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) hari ini bersetuju memperluas penggunaan sanga iaitu sisa daripada industri besi dan keluli, sebagai komposisi bahan dalam sektor ekonomi berimpak tinggi.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 pada 5.0 peratus yang disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM421.0 bilion, atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), peningkatan 3.3 peratus daripada RM407.5 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2024 yang disemak semula.