Terdapat 330 berita berdasarkan kata kunci carian " pusat data "

Runjian Dari China Puji Sokongan Kerajaan Malaysia Terhadap Inisiatif AI, Pusat Data

NANNING (China), 16 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kecerdasan buatan (AI) utama China, Runjian Co Ltd, memuji sokongan kerajaan Malaysia terhadap inisiatif kecerdasan buatan (AI) dan pelaburannya dalam dua pusat data kendaliannya di negara itu.

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

Sektor Perbankan Malaysia Berdaya Tahan Meskipun Pertumbuhan Lembap - S&P Global

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.

Robert Walters: Malaysia Bakal Raih Pelaburan RM169.2 Bilion Dalam AI, Pusat Data Pada 2030

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.

THMY Holdings Lantik Affin Hwang Investment Bank Sebagai Penaja Jamin IPO

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- THMY Holdings Bhd telah melantik Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB) sebagai penaja jamin tunggal untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang disasarkan menjelang suku keempat tahun ini.

Malaysia, ASEAN Timbang Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia secara asasnya bersetuju untuk menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga baharu di masa hadapan.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

DEX CONNEX 2025 Anjuran MDEC Raih Lebih RM1 Bilion Dalam Eksport Digital

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Platform padanan perniagaan, DEX CONNEX Edisi 2025 anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih lebih RM1 bilion dalam anggaran peluang eksport digital sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama ASEAN.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan Dasar BNM Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pelabur menantikan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkenaan dengan kadar faedah, dengan kebanyakan pihak menjangkakan pembuat dasar itu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan mencatatkan paras rendah, dengan dagangan yang kurang menggalakkan selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Gamuda Raih Kontrak Pusat Data Hiperskala Bernilai RM2.14 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Gamuda Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd meraih kontrak untuk kerja-kerja pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan pusat data hiperskala bernilai RM2.14 bilion.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Indeks komposit Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi telekomunikasi, barangan pengguna dan utiliti.