Terdapat 2883 berita berdasarkan kata kunci carian " naik"

Untung Bersih Suku Ketiga AEON Credit Naik Kepada RM91.8 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Nov, 2025 melonjak kepada RM91.80 juta daripada RM62.07 juta sebelum itu.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Bursa Komoditi New York

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, mengatasi prestasi pasaran serantau susulan kemunculan aktiviti belian bagi saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter produk perindustrian, pengguna dan perkhidmatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kelemahan semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.

Ringgit Dibuka Hampiri Paras Tertinggi Lima Tahun Pada 4.07 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun mengalami penurunan pada awal dagangan, disokong oleh pemulihan dalam pasaran minyak kacang soya.

Dividen Petronas Tertakluk Kepada Realiti Pasaran Minyak Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 17 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu menerima realiti bahawa negara tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memandangkan syarikat minyak nasional itu beroperasi sebagai entiti komersial yang prestasinya berkait rapat dengan harga minyak global.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar Akhiri Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung Selepas Kenaikan Empat Hari

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.