2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd mengesahkan bahawa akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melancarkan ThoughtStream, platform digital baharu bagi menggalakkan pelabur, penyelidik, pelajar dan penggiat pasaran berkongsi penyelidikan serta pandangan bebas mereka mengenai syarikat tersenarai dan trend pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kekuatan sektor perindustrian di wilayah tengah bukan sahaja bergantung kepada infrastruktur fizikal tetapi juga hasil kerjasama rapat antara kerajaan, pelabur dan pemain industri, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatat pengukuhannya apabila mencecah 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu urus niaga dibuka hari ini, paras tertinggi baharu dalam tempoh lebih 13 bulan susulan kelemahan mata wang negara maju itu berikutan data ekonominya yang lemah.
2bulan ago
SEPANG, 11 Nov (Bernama) -- Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2025 akan menjadi platform strategik bagi menarik pelaburan asing dan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor pengangkutan hijau serta digital, kata Kementerian Pengangkutan.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah diunjurkan menyumbang sebanyak RM24.5 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Lima wilayah koridor ekonomi negara telah berjaya menarik pelaburan sebenar berjumlah RM87.56 bilion dalam tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Sabah terus mencuri tumpuan sebagai hab pelaburan baharu negara apabila mencatat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM11.37 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh Januari hingga Jun 2025.
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil minggu depan susulan sentimen kurang memberangsangkan, kata Peniaga Minyak Sawit, David Ng.
3bulan ago
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar
SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai 2025) yang diadakan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan sebanyak RM1.24 bilion dari tempoh 5-7 Nov.
3bulan ago
Daripada Amanina Mohamad Yusof
SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin dapat mencapai nilai jualan mencecah RM3 bilion di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai) 2025, yang berlangsung dari 5-10 Nov, di sini.