4bulan ago
BANGI, 20 Mac (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) memperkenalkan Bangi Fresco, evolusi seterusnya bagi perbandaran Bandar Puteri Bangi yang terkenal, sekali gus meningkatkan lagi landskap gaya hidup di Lembah Klang Selatan dengan hab runcit baharu yang dinamik.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mencatatkan lonjakan lebih tiga kali ganda dalam keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) kepada RM117.2 juta berbanding RM31.7 juta pada tahun sebelumnya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jumlah jualan sebanyak 43 bilion helai sarung tangan menjelang akhir tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, didorong oleh peningkatan pesanan dan peningkatan kecekapan operasi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM30.28 juta pada suku kedua yang berakhir 28 Feb, 2025, berbanding kerugian bersih RM51.20 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Catcha Digital Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam DS Services Sdn Bhd (Digital Symphony) dengan nilai RM22.95 juta secara tunai.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Seorang penganalisis menjangkakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai pilihan pelaburan selamat berdasarkan daya tahan pendapatannya dan penilaian sederhana (undemanding valuation) di sebalik ketidaktentuan pasaran ketika ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd (Scientex) menyusut 12.1 peratus kepada RM123.95 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan, 2025 berbanding RM141.01 juta tahun sebelumnya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- HeiTech Padu Bhd telah mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan Program Lanjutan Hayat Hidro (LEP) Sungai Perak.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) kekal yakin dengan perniagaan pusat data mereka walaupun terdapat kebimbangan mengenai tarif semikonduktor Amerika Syarikat (AS) dan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI), dengan memetik pengecualian untuk syarikat-syarikat AS yang beroperasi di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023, dipacu oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd (THP) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM75.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM46.62 juta pada tahun sebelumnya, berikutan meningkatnya keuntungan dalam operasi.