Terdapat 824 berita berdasarkan kata kunci carian " keselamatan"

PayNet Perkenal Standee DuitNow QR Baharu, Pertingkat Kebolehlihatan Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan.

Perodua Perkenal EV Pertama, QV-E Dengan Kos Pembangunan RM800 Juta Oleh Pakar Tempatan

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.

ART: Malaysia Tiada Obligasi Penuhi Komitmen Komersial US$240 Bilion atau Pelaburan US$70 Bilion Di AS - Liew

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak mempunyai sebarang obligasi untuk melaksanakan komitmen komersial bernilai anggaran US$240 bilion bagi pembelian barangan atau pelaburan bernilai US$70 bilion di Amerika Syarikat (AS) di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

AirAsia Lengkapkan Keperluan Diwajibkan EASA, Kembali Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- AirAsia Aviation Group telah melengkapkan proses penggunaan semula perisian versi terdahulu yang diperlukan ke atas rangkaian pesawat A320 yang sedang beroperasi.

MAHB Sentiasa Pantau Keadaan Cuaca Semasa Bagi Kelancaran Operasi Penerbangan

SEPANG, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa memantau dan peka terhadap sebarang perkembangan cuaca tidak menentu pada masa ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam memastikan kelancaran operasi penerbangan.

Malaysia Risiko Hilang Akses Pasaran AS Hampir RM200 Bilion Tanpa Perjanjian ART - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia berisiko besar kehilangan akses pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan nilai eksport hampir RM200 bilion, kelangsungan lebih sejuta pekerjaan dan 7,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekiranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS tidak dimeterai.

Untung Bersih Petronas Gas Turun Kepada RM444.23 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM444.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 berbanding RM493.67 juta bagi suku sama tahun kewangan 2024.

Pendapatan e-Dagang Malaysia Cecah RM937.5 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2025 meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun kepada RM937.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

ASEAN+3 Teroka Kaedah Pacu Simpanan Serantau Bagi Penuhi Keperluan Pembiayaan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penggubal dasar ASEAN+3 sedang meneroka kaedah untuk menggerakkan simpanan serantau, satu langkah yang dilihat semakin penting memandangkan rantau ini berdepan dengan keperluan peningkatan pembiayaan yang besar, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar.

Ekonomi Malaysia, Asean+3 Kekal Berdaya Tahan Di Tengah-tengah Perpecahan Global

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 menunjukkan daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan di tengah-tengah perpecahan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.

Perniagaan Digesa Percepat Guna AI Menjelang Sasaran 2030

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.

Malaysia Sasar Kuasai Pasaran Makanan Halal Korea Selatan

Oleh Linda Khoo

SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Produk halal Malaysia mampu meneroka pasaran sektor makanan mudah dan premium Korea Selatan yang pesat berkembang, berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap barangan halal, organik dan daripada sumber yang lestari.