BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia 5-1 Laos | 

Terdapat 3892 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

BioInnovation Launchpad 2025 Pacu Usahawan Bio Ke Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Program BioInnovation Launchpad 2025 menerusi BioXceed 2025 dijangka melahirkan sekurang-kurangnya 10 usahawan bio berpotensi tinggi, yang mampu mencapai status Bio-based Accelerator (BBA) atau BioNexus, sekali gus memperkukuh ekosistem bioteknologi negara menjelang 2030.

KPK Cadang Bangun Kawasan Tanaman Baharu Koko Di Sarawak, Jadi Hab Pengeluar Utama Negara

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang membangunkan kawasan tanaman baharu koko di Sarawak bagi menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran utama komoditi tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

LGM Rangka Pelan Strategik 2026–2030 Untuk Pertumbuhan Industri

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang merangka Pelan Strategik 2026–2030 bagi menentukan hala tuju yang lebih mampan untuk industri getah negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sitra Dari Finland Pertimbang Lancar Aplikasi Penjejak Karbon Peribadi Di Malaysia

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Dana Inovasi Finland, Sitra, melihat potensi besar untuk memperkenalkan aplikasi "Ujian Gaya Hidup" di Malaysia, membantu pengguna mengukur jejak karbon mereka dan menggalakkan pilihan gaya hidup positif dan mampan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Semalaman Di Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada Khamis, mengakhiri penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur meneliti minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada September.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik menjelang Belanjawan 2026, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada mata wang tersebut.

Lebih Banyak Berita Baik Untuk JS-SEZ Akan Diumum Minggu Depan– Tengku Zafrul

SINGAPURA, 8 Okt (Bernama) -- Lebih banyak berita baik dijangka diumumkan minggu depan mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 Umum Pemenang Deep-X Dan Retail-X

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 (Selangor Twin Accelerator) menobatkan syarikat pemula niaga terbaik bagi dua trek utamanya, Deep-X dan Retail-X pada Hari Demo Akhir program itu di sini, hari ini.

Kerajaan Persekutuan Lulus RM24.15 Bilion Pinjaman Kepada Kerajaan Negeri Setakat Ogos

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Segmen Motor, Kebakaran Pacu Pertumbuhan Dalam Industri Insurans Am Di Malaysia - PIAM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia berkembang 4.0 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2025 dengan premium bertulis kasar (GWP) meningkat kepada RM12.3 bilion daripada RM11.8 bilion, kebanyakannya didorong oleh segmen motor dan kebakaran, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Selangor Sasar 100 Peratus Liputan Rangkaian 5G Awal Tahun Depan -- Exco

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan 100 peratus liputan rangkaian 5G dalam kawasan berpenduduk negeri itu pada awal tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh permintaan kukuh terhadap komoditi itu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.