9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan sentiasa menitikberatkan elemen keterangkuman dengan memastikan kekayaan negara dapat dinikmati secara adil oleh semua lapisan masyarakat dan mendapat faedah daripada agihan 'kek' ekonomi atau manfaat pembangunan negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Prestasi pasaran modal Malaysia dengan purata nilai harian (ADV) tumbuh lebih 50 peratus kepada RM3.15 bilion pada 2024 berbanding RM2.06 bilion bagi tahun sebelumnya, mencerminkan keyakinan dan minat pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi lebih penekanan terhadap promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat, berlandaskan kestabilan politik, ekonomi, dasar pro-perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 adalah penting kerana ia akan membolehkan agensi kerajaan persekutuan berkongsi data dan mengukuhkan struktur tadbir urus dalam ekosistem perkongsian data.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setakat November bagi tahun ini.
1tahun ago
LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.