Terdapat 10132 berita berdasarkan kata kunci carian " mem"

Jerayawara Mega Sunway Kembali Melalui "Super App"

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Jerayawara Mega Sunway kembali lagi tahun ini menerusi format digital sepenuhnya, yang menawarkan cara mudah kepada pengguna untuk mengakses tawaran dan aktiviti di seluruh Sunway City Kuala Lumpur melalui Sunway "Super App".

Untung Bersih Astro Susut Kepada RM63.13 Juta, Hasil RM2.79 Bilion Bagi TK2026

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Astro Malaysia Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 (TK2026) kepada RM63.13 juta daripada RM129.15 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Harga Minyak Dijangka Turun Ke US$66 Setong Pada Suku Kedua 2026, pulih Menjelang Hujung Tahun - BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Harga minyak global dijangka menurun kepada USS$66 setong pada suku kedua 2026 selepas mencatat paras lebih tinggi sekitar US$78 setong pada suku pertama 2026, sebelum beransur pulih menjelang akhir tahun, menurut BMI.

Empire Premium Food Bakal Disenarai Di Pasaran Utama Sasar Kumpul RM152.6 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Syarikat makanan dan minuman Empire Premium Food Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM152.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.

Ranhill SAJ, Yes Pacu Langganan Jalur Lebar Menerusi Baucar Air Di Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Ranhill SAJ bekerjasama dengan penyedia khidmat telekomunikasi Yes menawarkan isi rumah Johor dengan baucar bulanan RM10.50 yang dikreditkan ke dalam bil air selama enam bulan menerusi langganan jalur lebar terpilih.

Bekalan Baja Berisiko Ancam Keluaran Bijirin Asia Tenggara, Malaysia Dijangka Bertahan - BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Risiko pengurangan kadar penggunaan bagi tanaman bijirin 2026/2027 di seluruh Asia Tenggara semakin meningkat, terutamanya apabila jendela penggunaan utama semakin hampir, menimbulkan risiko penurunan kepada pengeluaran, menurut BMI, sebuah unit Fitch Solutions.

Tiga Puluh Peratus Syarikat Tersenarai Awam Malaysia Berisiko Tinggi Digodam - Kajian

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kira-kira 30 peratus syarikat tersenarai awam Malaysia yang dinilai dalam kajian terbaharu LGMS Bhd menunjukkan “kedudukan risiko siber yang dikaitkan dengan kebarangkalian tinggi untuk digodam sekiranya menjadi sasaran khusus.”

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.

Pertumbuhan Penduduk Dijangka Pacu Urus Niaga Perumahan Sebanyak 15 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Urus niaga hartanah kediaman Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong kebanyakannya oleh pertumbuhan penduduk, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Kashif Ansari.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

TNB Perkukuh Strategi Berteraskan Pekerja Bagi Kekalkan Prestasi Modal Insan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) terbukti berkembang dengan beralih daripada model sumber manusia tradisional kepada pendekatan yang lebih berteraskan “People Experience” atau pengalaman pekerja.