Terdapat 82 berita berdasarkan kata kunci carian " gamuda"

Bursa Malaysia Rendah Pada Akhir Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Rabu berikutan penjualan berterusan di beberapa kaunter saham berwajaran tinggi dan bermodal kecil, susulan sentimen tidak menentu dalam pasaran serantau.

Unit Gamuda Beli Tanah Pegangan Kekal Di Port Dickson Dengan Harga RM424.4 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syariikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta.

Pemaju Malaysia Raih 11 Kemenangan Pada Anugerah Propertyguru Asia Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia meraih kejayaan besar pada majlis Anugerah Tahunan PropertyGuru Asia ke-19 di Hotel The Athenee, di Bangkok, apabila memenangi 11 anugerah berprestij.

99 Speed Mart, Gamuda Menggantikan Genting, Genting Malaysia Dalam Konstituen FBM KLCI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- 99 Speed ​​Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Gamuda JV Peroleh Projek Loji Janakuasa Di Sabah Bernilai RM3.05 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd dalam usaha sama (JV) dengan Conlay Construction Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor pembangunan secara keseluruhan bagi loji janakuasa Hidroelektrik Ulu Padas di Sabah.

Gamuda Raih Kontrak Bernilai RM4.3 Bilion untuk Projek MRT Xizhi Donghu Di Taiwan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd, bersama dengan dua syarikat berpangkalan di Taiwan, MiTAC Information Technology Corp dan Dong Pi Co, Ltd, meraih kontrak reka bentuk dan pembinaan siap guna bernilai RM4.3 bilion untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Xizhi Donghu di Taiwan.

BuildXpo 2024 Bekerjasama Dengan Gamuda Pamer Pembinaan Mampan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd (QUBE) menamakan Gamuda Bhd sebagai Penaja Platinum untuk Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2024 (BuildXpo 2024) yang berlangsung dari 22 hingga 24 Okt, 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Gamuda Cadang Terbitan Bonus Selepas Raih Hasil RM15 Bilion Dalam Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd mencadangkan terbitan bonus sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya berikutan prestasi kukuh syarikat itu pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, dengan hasil tahunan meningkat 63 peratus kepada RM15 bilion.

RHB IB Anggar Perbelanjaan Pembangunan RM90 Bilion Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.

Gamuda Dijangka Serta Konstituen FBM KLCI Gantikan Genting Malaysia - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.