Terdapat 1076 berita berdasarkan kata kunci carian " rizab"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

​​​​​​​Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan, Didorong Optimisme

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Keadaan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur berhati-hati menjelang laporan inflasi AS serta beberapa siri ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan sepanjang tempoh tersebut.

Metronic Global Dapat Projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau RM31 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Metronic Global Bhd, melalui MAT JV Sdn Bhd, berjaya memperoleh projek skim bekalan air bernilai RM31 juta di Selangor.

Ringgit Meningkat Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.

Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi - BNM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit bergerak dalam hala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meneruskan penyusutan semalam ketika prospek ekonomi global terus memberi sokongan terhadap mata wang negara maju itu.

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan. 

ASEAN Perlu Strategi Bersatu Tingkatkan Industri EV, Kata CEO Yinson

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.