Terdapat 1113 berita berdasarkan kata kunci carian " modal"

Malaysia Melalui Kepengerusian Asean Sokong Kerjasama Lebih Baik Dalam Pembiayaan Hijau, Rangka Kerja Pelaburan Mampan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.

HI Mobility Meterai Perjanjian Taja Jamin Runcit Dengan Maybank IB Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- HI Mobility Bhd memeterai perjanjian taja jamin runcit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Nyahsenarai MAHB Selepas 25 Tahun: Anjakan Penting Bagi Penyusunan Semula

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Esok merupakan anjakan penting bagi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila syarikat itu akan nyahsenarai daripada Bursa Malaysia susulan langkah penyusunan semula oleh konsortium Gateway Development Alliance (GDA).

Sembilan Anak Syarikat KWSP Alami Kerugian Tiga Tahun Berturut-turut - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak sembilan syarikat subsidiari milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2021, dengan jumlah kerugian pada 2023 mencecah RM224.21 juta.

Capital A Umum Sasaran Dalaman Bersama Dengan Keputusan Sukuan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengeluarkan sasaran dalaman bersama -sama dengan keputusan kewangan suku tahunannya agar pemegang saham dan komuniti pelaburan mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai prospek kewangan syarikat. 

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$117.7 Bilion Pada 14 Feb, 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$117.7 bilion pada 14 Feb, 2025 daripada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Untung Bersih Suku Ketiga AmBank Group Susut Kepada RM486.49 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.

Tarif AS 25 Peratus Cabaran Kepada Malaysia - Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

ES Sunlogy Sasar Perluas Portfolio Tenaga Solar Melalui Inisiatif TBB

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd berhasrat memperluaskan portfolionya dalam sektor tenaga solar melalui penyertaan dalam inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) seperti program solar berskala besar 5 (LSS5), LSS5+ dan program tenaga hijau korporat.

MAHB Akan Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 25 Feb 2025

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Nilai Pelaburan Asing Diluluskan Januari-September 2024 Berjumlah RM254.7 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Nilai keseluruhan pelaburan asing (FI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

RHB Tingkatkan Sasaran Pembiayaan Mampan Kepada RM90 Bilion Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB menetapkan sasaran baharu sebanyak RM90 bilion bagi perkhidmatan kewangan mampan (SFS) menjelang 2027 berbanding sasaran lebih awal berjumlah RM50 bilion menjelang 2026.