3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan tahun ini walaupun dalam suasana ketidaktentuan luaran dan ketidakpastian berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat, menurut S&P Global Ratings (S&P).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada hari ini, di tengah-tengah kerugian dialami pasaran tunai serta pasaran serantau.
3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sekali gus memecahkan aliran menurun berbilang hari.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya, setiap pinjaman dibuat bagi tujuan membangunkan masa depan negara seperti membina prasarana, memperkukuh daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 88.08 peratus berikutan penyiapan Segmen C1B, yang menandakan kejayaan fasa awal kerja-kerja awam di sepanjang penjajaran dari Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran pusat data Malaysia kini sedang menuju untuk menjadi satu daripada yang terbesar di rantau Asia-Pasifik dengan kapasiti keseluruhan dijangka meningkat lebih daripada empat kali ganda menjelang 2026.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, iaitu Binastra Builders Sdn Bhd telah menerima kontrak bernilai RM188.53 juta daripada MYT DC3 Sdn Bhd bagi pemasangan mekanikal dan elektrikal fasa 2 untuk cadangan pembinaan projek pusat data.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pergerakan harga produk sawit lebih tinggi serta peningkatan bermusim hasil buah tandan segar (BTS) dijangka akan memacu pendapatan huluan kebanyakan syarikat perladangan pada musim bermula pada 5 November, terutamanya bagi tempoh suku ke suku tahun, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).