BERITA TERKINI   Isu tanah ladang komersial Felda di Terengganu dijangka selesai dalam masa terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan belanja lebih RM200 juta bagi Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas - TPM Ahmad Zahid | 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada hari ini, di tengah-tengah kerugian dialami pasaran tunai serta pasaran serantau.

Pada 9.18 pagi, kontrak November 2025  menokok sebanyak 1.5 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 naik 2.0 mata kepada 1,622.0 manakala Mac 2026 turun 3.5 mata kepada 1,597.50 dan Jun kekal tidak berubah pada 1,606.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,385 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,087 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 5.83 mata kepada 1,622.24 selepas 37 minit dagangan dijalankan berbanding 1,623.50 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA