Terdapat 1067 berita berdasarkan kata kunci carian " kebimbangan"

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Aliran Meningkat Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini disokong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan serantau apabila para peniaga memberikan reaksi positif terhadap penangguhan pelaksanaan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun pada Khamis susulan kebimbangan terhadap permintaan lemah pada minggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga. 

Ringgit Ditutup Tinggi Selepas Membetulkan Kedudukan Terlebih Jual

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang tempatan itu membetulkan kedudukannya selepas mengalami keadaan terlebih jual.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 5.1 Peratus Kepada 38,299 Tan Pada Disember

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 5.1 peratus kepada 38,299 tan metrik pada Disember 2024 daripada 40,341 tan metrik pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KDNK Malaysia Bagi 2024 Diunjur Cecah 5.1 Peratus, Kekal Positif - HLIB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri, di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Hasil Dividen Public Bank Dijangka Meningkat Mulai Tahun Ini -- CIMB Securities 

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Harga MSM Dijangka Kekal Stabil Pada Februari - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil tahun ini, dengan julat antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan, menurut penganalisis.

Belian Semasa Harga Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

 KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.