11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati mengenai kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup tinggi, dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai rundingan damai Rusia-Ukraine.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM1.19 bilion (US$260 juta) pada 2024, berbanding RM1.5 bilion (US$330 juta) pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah berikutan minat pasaran terus melesu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
11bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).