Terdapat 987 berita berdasarkan kata kunci carian " pap"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula dan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.

CPTPP Jamin Akses Bebas Tarif Ke Pasaran UK Bagi Minyak Sawit, Produk Malaysia

LONDON, 14 Jan (Bernama) – Produk Malaysia khususnya minyak sawit dijangka mendapat manfaat daripada akses bebas tarif di United Kingdom (UK) di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau. 

Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.

Petronas Capai Keputusan Pelaburan Akhir Bagi Pembangunan Hidayah Indonesia

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd, mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi pembangunan medan Hidayah, Indonesia.

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan. 

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih kerana pelabur kekal berada di luar pasaran kerana kekurangan petunjuk baharu, kata peniaga.