1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal negatif pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan Malaysia pada 2025 dijangka terus meningkat, disokong oleh peningkatan pelancongan perubatan, kemasukan pesakit dan rawatan kes rumit, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Hasil pusat data ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 20 peratus menjelang 2028, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil pada sesi dagangan awal Selasa, dipacu minat belian berterusan ketika Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya, membisu mengenai pengumuman tarif baharu, terutamanya membabitkan China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Mighty Alliance Sdn Bhd (MASB) (pembuat tawaran) untuk memperoleh semua baki saham biasa yang tinggal yang belum dimiliki oleh pembuat tawaran, pembuat tawaran muktamad bersama dan pihak yang bertindak bersama mereka (PAC).
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.