1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat kutipan duti anti-lambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yang mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.
1tahun ago
MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kaedah dan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadang dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, masih sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Modal dari China semakin beralih daripada ekonomi Kumpulan Tujuh (G7) dan kembali ke Asia terutama Asia Tenggara, dengan Malaysia dan negara jiran adalah sebahagian daripada penerima manfaat terbesar berikutan langkah itu, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa Juwai IQI.