10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatat pertumbuhan ketara dalam terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) yang mencecah RM11.9 bilion pada 2024 atau peningkatan hampir sembilan kali sejak terbitan sulung pada 2017, susulan sokongan rangka kerja sedia ada.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama)- Kitaran pelaburan ketiga dan semasa Malaysia bermula pada pertengahan 2023, didorong oleh gabungan faktor kitaran serta struktur, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh pemulihan minat belian dalam kaunter saham wajaran tinggi perbankan dan produk pengguna.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.