Terdapat 1104 berita berdasarkan kata kunci carian " stabil"

SME Bank Unjur Pertumbuhan Malaysia Pada 4.5-5.0 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan dalam julat 4.5-5.0 peratus yang memaparkan sentimen positif ekonomi secara keseluruhan, kata Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik Kepada 2.1 Peratus Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kenanga IB: Perubahan Perdagangan, AI Akan Pacu Sektor Logistik Pada 2025

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan sektor logistik domestik akan terus mencatatkan pertumbuhan yang stabil pada 2025, dipacu oleh perkembangan industri e-dagang.

Pelabur Asing Kekal Pembeli Bersih Bon Korporat Malaysia Untuk Bulan Kelima

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Senario ketidaktentuan pasaran global terbukti bukan penghalang pelabur asing yang kekal sebagai pembeli bersih Sekuriti Hutang Swasta (PDS) Malaysia bagi lima bulan berturut-turut, sekali gus memaparkan keyakinan terhadap pasaran bon korporat negara.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.

Yuran Penyenggaraan : Culas Bayar, ‘Bom Jangka’ Bakal Cetus Padah Besar

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Isu culas atau kegagalan melunaskan bayaran yuran penyenggaraan adalah krisis berpanjang yang jika tidak ditangani, boleh menjadi bom jangka yang memberi ancaman besar ke atas nilai hartanah serta persekitaran tempat tinggal.

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Waspada

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 19 Mac ini, kata penganalisis.

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas.

Kenanga Kekalkan Penarafan Wajaran Tinggi Terhadap Sektor Perladangan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengekalkan penarafan “overweight” atau wajaran tinggi terhadap sektor perladangan susulan harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh selain defisit bekalan global yang berterusan walaupun eksport lemah.

Tunggakan Yuran Penyenggaraan: Perlukah Kita Berasa Bimbang?

Oleh Abdul Hamid A Rahman

Bahagian pertama daripada tiga siri artikel yang dihasilkan Bernama ini mengkaji beban tunggakan yuran penyenggaraan yang semakin meningkat dalam pembangunan strata Malaysia. Pakar-pakar daripada sektor hartanah membincang dan memberi pandangan mengenai implikasi kewangan, cabaran sistem dan potensi penyelesaian untuk memastikan kemampanan jangka panjang komuniti yang berkongsi bangunan kediaman.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru ini untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.