6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan Program Perintis Bursa Sosial pertama Malaysia (SEPP25) bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi data dan maklumat yang berkaitan serta membantu pembangunan Bursa Sosial.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersedia bekerjasama dengan semua agensi berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan digital yang inovatif dan bertanggungjawab.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kalangan pengarah korporat mengiktiraf kepelbagaian komposisi dalam lembaga pengarah, kecerdasan buatan generatif (GenAI) dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bagaimanapun berhadapan cabaran dalam pelaksanaannya, kata satu tinjauan oleh PwC Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Jan, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan celaan terhadap Bybit Technology Limited (sebelum ini dikenali sebagai Bybit Fintech Limited) (Bybit) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ben Zhou (Yuchen Zhou) kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd meraih pencapaian penting pada 2024 apabila sebanyak 55 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan di bursa, iaitu jumlah penyenaraian tertinggi direkodkan dalam tempoh 19 tahun lepas.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hasil dapatan menunjukkan penggunaan mata wang kripto sebagai antara medium untuk mencuci duit di Malaysia adalah rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) kini dalam proses akhir penyelesaian penggabungan bagi memastikan operasi penuh Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) menjelang 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia kini mendahului dari segi pasaran tawaran awam awal (IPO) di rantau ini, dengan pertambahan penyertaan pelabur institusi dan pelabur runcit, mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap pasaran modal.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd optimis mengenai prospek pada 2025, berdasarkan senarai tawaran awam permulaan (IPO) dalam perancangan yang kukuh dan pasaran modal yang aktif, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar.