BERITA TERKINI   Piala Malaysia: UM-Damansara United 0-2 Terengganu FC | Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong akan dilaksanakan kerajaan dengan tegas - PM Anwar | 

Terdapat 157 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas dagangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sokongan Belian

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan dibuka tinggi didorong oleh sokongan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan pengukuhan ringgit berterusan dijangka menarik aliran masuk dana ke pasaran tempatan walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

FBM KLCI Akhiri Sesi Pagi Dengan Pergerakan Mendatar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan pergerakan mendatar apabila aktiviti dagangan tidak menentu mengimbangi sokongan daripada prestasi kukuh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street, Serantau

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih rendah, menjejaki prestasi suram pasaran serantau serta negatif di Wall Street.

Bursa Malaysia Kembali Meningkat Selepas Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi tidak menentu yang dialami pasaran serantau serta Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Akhir Dagangan Pagi, Jejaki Prestasi Kukuh Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan pergerakan meningkat pada Isnin, menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang positif minggu lepas.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan prestasi Wall Street semalaman yang kurang menggalakkan.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pelabur Meneliti Pendapatan Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.