BERITA TERKINI   Empire Premium Food Bhd sasar kumpul RM152.6 juta IPO menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April, 2026 | Pulau Sebatik, Sabah diisytihar kawasan bencana akibat kemarau - J/Kuasa Pengurusan Bencana Daerah | Pokok Sena, Pendang, Baling di Kedah rekod gelombang haba tahap dua setakat 6 pagi ini - MetMalaysia | 

Terdapat 1282 berita berdasarkan kata kunci carian "mata wang"

KWSP Umum Dividen 6.15 Peratus Untuk Simpanan Konvensional Dan Shariah, Jumlah Pembayaran RM79.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data utama AS dan perkembangan selanjutnya mengenai rundingan nuklear AS-Iran.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Asean, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN pada Jumaat tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan peniaga kekal berhati-hati dalam risiko geopolitik dan ketidaktentuan mengenai tarif AS.

Petronas Catat Untung Bersih RM45.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$126.87 Bilion Pada Akhir Januari 2026

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.87 bilion (US$1 = RM3.88) setakat akhir Januari 2026, meningkat berbanding US$125.53 bilion pada akhir Disember 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Serantau

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS serta pelarasan kedudukan awal sesi dagangan Asia, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) ditutup tinggi sedikit.

Malaysia Perlu Tumpu Pengukuhan Jangka Panjang Ringgit - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.

Masa Sesuai Untuk Penggunaan Teknologi Baharu Ketika Ringgit Mengukuh - FMM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.

AirAsia X Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM191.75 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM191.75 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM229.14 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Tarif, Rundingan AS-Iran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan ketidaktentuan berkaitan dasar tarif AS dan rundingan AS-Iran.

XTransfer Dapat Kelulusan BNM Untuk Lesen Pembayaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Platform pembayaran perdagangan rentas sempadan perniagaan ke perniagaan, XTransfer telah menerima kelulusan bersyarat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lesen pembayaran utama seperti pengeluaran wang elektronik dan lesen perkhidmatan kewangan (Kelas A) meliputi pengiriman serta pertukaran mata wang.