Terdapat 2963 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan Mac berikutan sentimen penghindaran risiko yang semakin ketara susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS)- Israel ke atas Iran pada hujung minggu.

Konflik AS-Iran Dorong Turun Naik Pasaran, Harga Minyak Meningkat Dan Risiko Forex

Oleh Harizah Hanim Mohamed & Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran global menjadi berhati‑hati pada Ahad susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran dan risiko geopolitik yang meningkat berikutan situasi di Timur Tengah boleh mewujudkan sentimen mengelak risiko dan menjejaskan harga minyak, ringgit serta aliran perdagangan, kata penganalisis.

Trading Castle PLT Raih Dua Pengiktirafan ASEAN Dan Asia Records

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Akademi pendidikan kewangan digital, Trading Castle PLT, menerima dua pengiktirafan daripada ASEAN Records dan Asia Records bagi pencapaian “Highest Verified Single-Year Total Student Trading Research Performance Recorded by a Single Academy“.

Ketegangan AS-Iran Berpotensi Lonjakkan Harga Emas Global Ke Paras US$5,500 Setiap Auns

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Serangan berterusan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah mendorong pelabur beralih kepada aset selamat, sekali gus meningkatkan harga emas global ke paras US$5,500 satu auns, kata seorang penganalisis.

Pencapaian Ekonomi Negara Hasil Pengukuhan Tatakelola, Usaha Berterusan Banteras Rasuah - PM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.

Batik Air Pantau Situasi Di Timur Tengah, Nilai Potensi Kesan Terhadap Operasi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Batik Air sedang memantau rapi perkembangan situasi terkini di Timur Tengah dan menilai potensi kesannya terhadap ruang udara dan operasi penerbangan serantau.

Pembayaran Dividen Berdasarkan Baki Setiap Akaun - KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

KWSP Umum Dividen 6.15 Peratus Untuk Simpanan Konvensional Dan Shariah, Jumlah Pembayaran RM79.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan pasaran mengambil kira musim pelaporan pendapatan korporat yang terkini dan ketidaktentuan sektor teknologi global.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Mendatar Pada 1,710–1,740 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar dalam julat 1,710 hingga 1,740 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, berikutan jangkaan pengeluaran yang rendah. 

Pasaran Getah Dijangka Dalam Trend Meningkat Berikutan Kekangan Bekalan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan dengan permintaan mungkin melebihi bekalan dalam persekitaran musim daun getah luruh, kata pakar industri Denis Low.