Terdapat 692 berita berdasarkan kata kunci carian "johor"

Acara Eco Business Park 8 First Look Papar Peluang Baharu Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) --  Eco Business Park 8 (EBP8) menganjurkan acara “Eco Business Park 8 First Look” di Galeri Jualan EcoWorld di Eco Business Park II (EBPII) yang turut memaparkan prebiu eksklusif pembangunan perindustrian terkini di lokasi strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Malaysia, Singapura Perkukuh Komitmen JS-SEZ Sebagai Pemacu Ekonomi Dua Hala

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Singapura memperkukuh komitmen terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai tunjang utama hubungan ekonomi dua hala.

MPOB Dalam Usaha Perluas Penggunaan B20 Di KLIA -- KPK

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  

AXIS-REIT Sasar Ambil Alih Lebih Banyak Aset Industri Tahun Ini

PETALING JAYA, 29 Jan (Bernama) -- Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) menyasarkan untuk melaksanakan lebih banyak usaha pengambilalihan pada 2026 dengan menumpukan kebanyakannya aset-aset perindustrian.

Eksport Malaysia Meningkat 10.4 Peratus, Import Naik 12 Peratus Pada Disember 2025

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM14.3 bilion atau 10.4 peratus tahun ke tahun kepada RM153 bilion pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

ISF Group Sasar Peroleh Projek Pusat Data Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.

Batik Air Malaysia Tambah 10 Pesawat, Sasar 85 Peratus Prestasi Tepat Masa

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batik Air Malaysia (Batik Air) merancang untuk menambah 10 lagi pesawat tahun ini, menjadikan keseluruhan armadanya kepada 63 kapal terbang.

Equinix Sasar Pertumbuhan Merentasi Malaysia Berikutan Lonjakan Permintaan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.

Teamstar Bhd Sasar IPO Kumpul Dana Berjumlah RM34.32 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).

Pasaran Hartanah Malaysia Masih Diminati Pelabur Asing Walaupun Ringgit Kukuh - JLL

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus menerima permintaan daripada pelabur asing pada 2026 walaupun ringgit semakin kukuh, disokong oleh harga hartanah mampu milik di rantau Asia Tenggara.

N.Sembilan Berpotensi Jadi Hab Utama Data Dengan Pembinaan Kampus Pusat Data Hijau

SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan berpotensi muncul sebagai antara hab utama data dan teknologi di Malaysia susulan pembangunan Kampus Pusat Data Hijau Nexus Yang di Taman Perindustrian NS Semiconductor Valley (NSSV) di sini.

Loji SAF Pertama Di Johor Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Penerbangan Mampan

PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.