1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, pendekatan whole-of-government (keseluruhan negara) dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara terus dilindungi dalam memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta undang-undang dan peraturan domestik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek penggiliran tanaman di PERDA Food Valley, Pulau Pinang merekodkan pengeluaran berjumlah 7,131 tan metrik hingga September lepas, berbanding 5,101 tan metrik sepanjang 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sejumlah 1.12 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencarum secara sukarela bernilai RM14.13 bilion setakat Ogos tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital menjangkakan peningkatan kemasukan teknologi dan produk digital dari Amerika Syarikat (AS) ke pasaran tempatan susulan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengenalan status ASEAN Business Entity (ABE) berpotensi mewujudkan lebih banyak syarikat multinasional (MNC) ASEAN yang dapat meningkatkan peluang pasaran di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) telah meneliti strategi dan langkah yang perlu dilaksanakan secara holistik merentasi kementerian bagi memastikan Malaysia dapat dikategorikan semula sebagai negara berisiko rendah dalam pelaksanaan EUDR.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkukuh ketelusan dalam pengendalian rayuan akaun bank ditutup dengan mewajibkan institusi kewangan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun terjejas, kata Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkenalkan pembaharuan dasar pelaburan dan perdagangan yang progresif bagi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.