4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengambil alih peranan promosi dan kemudahan pelaburan InvestKL Corporation (InvestKL) berkuat kuasa 15 Mac 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama lain tetapi menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat susulan pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran konflik semakin memuncak di Asia Barat yang telah meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila peniaga dan pelabur tidak lagi melihat emas sebagai aset selamat dalam situasi geopolitik.
4hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, menyusut di bawah paras psikologi utama 1,700 mata memandangkan perkembangan geopolitik terus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Harga emas mungkin susut sementara waktu memandangkan para pelabur sedang menjual aset cair untuk meningkatkan pembiayaan dolar US, trend sama yang dilihat semasa krisis kewangan global dan fasa awal kejutan COVID-19, menurut seorang penganalisis.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan bercampur-campur pada Jumaat susulan penurunan pasaran serantau dan penyusutan jualan kenderaan elektrik (EV) global, kata peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) akan memperkenalkan sistem pemantauan, pelaporan dan verifikasi (MRV) sebagai asas utama pelaksanaan mekanisme harga karbon dan peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Jumaat dan Sabtu (20 dan 21 Mac) sempena cuti umum Aidilfitri, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
4hari ago
Oleh Voon Miaw Ping
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia bukan sahaja memberi tekanan kepada negara pengimport minyak, malah turut memberi kesan kepada negara pengeluar minyak seperti Malaysia, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas rundingan dalam usaha mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan pindaan memudah cara penyenaraian serta perdagangan dana dagangan bursa (ETF) mata wang digital.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding negara jirannya dalam menangani krisis tenaga global kerana negara ini merupakan pengeksport tenaga bersih, rizab petroleum yang mencukupi sehingga Mei 2026 dan ruang fiskal daripada rasionalisasi subsidi.