3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Ogos 2025 melonjak kepada RM70.26 juta berbanding RM65.97 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Keuntungan sebelum ini dalam kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif terencat untuk ditutup lebih rendah hari ini, di tengah-tengah jangkaan peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit kekal stabil melebihi RM4,400 setan menjelang akhir 2025, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah dan inventori minyak sayuran yang tinggi di pasaran pengguna utama seperti China dan India.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu hadapan dipengaruhi oleh paras stok simpanan yang tinggi di Malaysia, kata peniaga minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memantau rapi kemungkinan kemasukan barangan murah ke Malaysia susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas beberapa produk import, termasuk perabot, farmaseutikal dan semikonduktor.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan perkembangan terbaharu perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang mempengaruhi sentimen.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif terencat selepas mencatatkan keuntungan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB) mengenai paras inventori yang lebih tinggi dari jangkaan, kata pedagang minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia menurun 0.73 peratus bulan ke bulan kepada 1.84 juta tan pada September 2025 daripada 1.86 juta tan pada Ogos 2025, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada purata tahunan US$68 setong bagi 2025 dan US$67 setong bagi 2026, turun daripada US$80 setong pada 2024.(US$1 = RM4.21).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh unjuran output yang lemah.