12hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 30 April, 2025 susut kepada RM115.0 juta daripada RM203.0 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan 2025.
15hari ago
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- OCBC Group melihat potensi Johor sebagai sebuah hab pelaburan dan perdagangan strategik yang menghubungkan ASEAN dan China, sekali gus bersedia memperluas peranannya dalam menyokong pertumbuhan pelbagai sektor utama di negeri ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd menyokong sepenuhnya pembaharuan sistemik dalam sektor penjagaan kesihatan bagi menangani peningkatan kos perubatan dan memastikan daya maju jangka panjang industri insurans untuk manfaat pelanggan.
15hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.
15hari ago
GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- PBA Holdings Bhd (PBAHB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM86.8 juta untuk 2025 dalam usaha menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Razak Exchange (TRX) akan menyaksikan penambahan bangunan komersial ke-10 menjelang suku kedua 2029, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pertumbuhan hab kewangan antarabangsa Kuala Lumpur.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh ketegangan geopolitik yang reda dan data ekonomi AS yang hambar sekali gus mengekalkan tekanan ke atas dolar.
16hari ago
PETALING JAYA, 25 Jun (Bernama) -- Rangkaian kedai serbaneka Korea Selatan, emart24 menyasar untuk mengendalikan 115 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2025 dan merancang mengembangkannya ke wilayah selatan khususnya Johor.
17hari ago
LABUAN, 25 Jun (Bernama) - Pemaju pembangunan bercampur terbesar Labuan, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, sedang memulihkan semula Block 5 Tower dengan mengubahnya menjadi bangunan pejabat moden bagi meningkatkan lagi tawaran hartanah komersial di pulau itu.
17hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik langkah penstrukturan semula tarif elektrik di bawah Tempoh Regulatori Keempat (RP4), dan menyifatkan ia sebagai proses pelarasan semula kos yang lebih telus kepada pengguna dan menggalakkan pengurusan permintaan tenaga.