1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi pada RM1.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) berbanding RM1.38 bilion, setahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) menyasarkan menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin industri, ahli akademik dan inovator untuk mengenal pasti pendekatan yang akan membentuk hala tuju rantau ini dalam dekad akan datang daripada transformasi digital dan pertumbuhan hijau kepada daya tahan rantaian bekalan, aliran masuk pelaburan dan integrasi serantau yang lebih baik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Majlis Perniagaan Indonesia (IBC) dan Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) yang baru ditubuhkan, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama penyelidikan serta dialog dasar untuk manfaat rantau berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd berhasrat melipatgandakan lagi usaha membabitkan sektor strategik pada 2026 dengan menumpukan aspek kesalinghubungan, peralihan tenaga selain meningkatkan prestasi portfolio sedia ada.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dalam sektor sawit global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Selasa, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila minat belian kembali ke atas saham teknologi susulan jualan besar-besaran dipacu saham kecerdasan buatan (AI) minggu lepas.
1bulan ago
KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) -- Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Malaysia menyaksikan momentum yang kukuh dalam pusat data dan perkembangan pembuatan termaju selepas dipacu oleh lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut firma penasihat projek serta perundingan pengurusan dari Australia, TBH Consultancy.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Penilaian pasaran semasa telah memposisikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jajaran 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026, mencerminkan pengukuhan permintaan domestik dan momentum pelaburan yang berterusan, sejajar dengan jangkaan Kementerian Kewangan serta institusi antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.