Terdapat 99 berita berdasarkan kata kunci carian " penyatuan"

Malaysia Berkedudukan Baik Untuk Bangun Ruang Pasaran Kewangan Islam - Affin Bank

Oleh Suraidah Roslan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk membangunkan ruang pasaran kewangan Islam dan menjadi hab bagi penyatuan mudah tunai, disokong oleh peningkatan permintaan dalam pembiayaan selamat Islam, kata Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan Affin Bank, Hanif Ghulam.

Bank Dunia Semak Semula Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 Kepada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 disemak semula kepada 3.9 peratus iaitu penurunan sebanyak 0.6 mata peratusan berbanding unjuran pada Januari 2025, menurut laporan Global Economic Prospects oleh Bank Dunia.

MATRADE Sokong Usaha Capai Potensi Perdagangan, Pelaburan Bernilai RM13 Bilion Di Ekspo Osaka

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

MITI Kaji Cadangan Penggabungan HDC Dan MATRADE - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam mod penyatuan pada tengah hari dalam persekitaran aliran menurun di bursa serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung 

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada peningkatan semalam apabila ditutup rendah pada hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini yang juga seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau, kata penganalisis.

Penangguhan Tarif AS Beri Peluang Malaysia Kalibrasi Semula Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd berpendapat penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai satu detik penting bagi Malaysia untuk kalibrasi semula strategi pertumbuhannya melalui integrasi serantau yang lebih kukuh dan pembaharuan ekonomi domestik.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.

Rakuten Trade Tawar Yuran Pembrokeran Baharu Bagi Dagangan Saham AS

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) melancarkan perkhidmatan pertama dalam pasaran, yang menawarkan yuran broker tergabung bagi dagangan saham Amerika Syarikat (AS).

Axiata, Sinar Mas Peroleh Kelulusan Bagi Penggabungan Tiga Syarikat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd dan Sinar Mas mengumumkan pemegang saham PT XL Axiata Tbk, PT Smartfren Telecom Tbk dan PT Smart Telcom (SmartTel) telah meluluskan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu menjadi XLSMART secara rasmi.