BERITA TERKINI   Kepimpinan di semua peringkat mesti dengar, bertindak atas keperluan rakyat - PM Anwar | Belanjawan 2026: Rakyat nikmati banyak manfaat tanpa kenaikan cukai hasil tatakelola baik, pengurangan ketirisan - PM Anwar | PM Anwar ucap tahniah kepada badan penguatkuasa, cegah ketirisan, selamatkan RM15.5 bilion sejak 2023 | 

Terdapat 101 berita berdasarkan kata kunci carian " penyampaian"

Qube Umum Persidangan Farmaseutikal Dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 Pada April

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penganjur SEACare 2025 mengumumkan penganjuran Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 April ini.

Sokongan Kerajaan Penting Percepat Penerimagunaan AI Dan IoT – Pakar

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.

Industri Jualan Langsung Malaysia Sumbang RM34.4 Bilion, Mendominasi Global - Fuziah

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Industri jualan langsung negara mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4 peratus iaitu RM34.4 bilion pada 2024 berbanding RM32.04 bilion pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

DNB, Meta Jalin Kerjasama Tubuh Makmal Inovasi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) dan Meta bekerjasama untuk menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara ketara.

KPJ Healthcare Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM353.81 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023,  dipacu oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.

MOSTI, XMU Dan GMPT Software Jalin Kerjasama Kukuhkan Industri Semikonduktor Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri semikonduktor global melalui kerjasama strategik dengan Universiti Xiamen (XMU) dan GMPT Software.

Semakan Semula Akta ICA 1975 Antara Usaha Proaktif Lonjak Keyakinan Pelabur - MITI

Oleh Samantha Tan Chiew Tieng

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengambil langkah proaktif bagi mengukuhkan keyakinan pelabur, termasuk meneliti semula Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA) 1975.

Blackmores Peroleh Sijil Halal Jakim, Perluas Akses Kepada Pengguna Islam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Komitmen BLACKMORES dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam, diperkukuh menerusi pemerolehan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SME Bank Salur Pembiayaan RM3.6 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) telah meluluskan kira -kira RM3.6 bilion dalam pembiayaan untuk tahun kewangan 2024, naik 35.1 peratus dari tahun sebelum ini.

Pos Shop Pertama Di Sabah Bantu PKS Jana Pendapatan

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.

BIMB Holdings Jalin Usaha Sama Dengan RELDYN Bagi Pacu Kewangan Digital Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerusi anak syarikat milik penuhnya, BIMB Holdings Sdn Bhd (BIMB Holdings) mengadakan usaha sama strategik dengan RELDYN Tech Sdn Bhd (RELDYN) bagi memacu lanskap kewangan digital patuh Syariah.

PKNPk, Gamuda Bekerjasama Tangani Isu Kekurangan Air Kritikal Di Perak Utara

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.