Terdapat 10926 berita berdasarkan kata kunci carian " o"

Wasco Catat Untung Bersih RM11.10 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Wasco Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.10 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2026 daripada RM35.43 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pharmaniga Dapat Kelulusan Penggabungan Lima Saham Kepada Satu

KUALA LUMPUR,19 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd hari ini telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk cadangan penggabungan lima saham kepada satu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu, dijangka disempurnakan pada awal Jun 2026.

Institut Penyelidikan Khazanah Gesa Pendekatan Struktur Pembiayaan Perumahan Lebih Mampan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.

Unit Kerjaya Prospek Dapat Kontrak RM174.2 Juta Membabitkan Projek Pangsapuri Servis

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB), Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM174.2 juta daripada RB Land Sdn Bhd.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila peserta pasaran menunggu perkembangan lanjut berkaitan dengan rundingan Asia Barat antara AS dan Iran.

NIF Akan Menyokong, Mengutamakan Matlamat Ekonomi Jangka Panjang Malaysia - MIDA

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah menggalakkan pelaburan yang menyumbang lebih bermakna demi keutamaan ekonomi jangka panjang Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Standard Chartered: Malaysia Kekal Kukuh, Pertumbuhan KDNK 2026 Dijangka Pada 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.

Anak Syarikat Maxis Terbit Dua Siri Baharu Sukuk Murabahah Berjumlah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB) menerbitkan dua siri baharu Sukuk Murabahah, berjumlah RM1.0 bilion dalam nilai nominal, selaras dengan program Sukuk Murabahah tanpa penarafan.

TIV Industri Automotif Melonjak 14 Peratus Kepada 72,113 Unit Dalam April

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan lonjakan 14 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 72,113 kenderaan pada April 2026 berbanding bulan sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Ambil Langkah Defensif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.

Pendapatan Pelaburan KWSP Pada Suku Pertama Naik 51 Peratus Kepada RM27.73 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026 (S1 2026) daripada RM18.31 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.