BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 350 berita berdasarkan kata kunci carian " mei 2025"

PM Anwar Bertemu Peneraju Industri Itali

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.

Nilai Kontrak Diperoleh Syarikat Tempatan Mencecah RM18.57 Bilion Dalam Projek ECRL

RAWANG, 1 Julai (Bernama) -- Nilai kontrak diperoleh syarikat tempatan menerusi penglibatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM18.57 bilion, mengatasi RM10.8 bilion yang disasarkan, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Penerbangan Terus Phnom Penh-P.Pinang Perkukuh Hubungan Dagangan ASEAN- MAHB

GEORGE TOWN, 30 Jun (Bernama) -- Penerbangan terus baharu bagi laluan Phnom Penh ke Pulau Pinang oleh syarikat penerbangan Cambodia Airways dilihat sejajar dengan ASEAN Connectivity Master Plan 2025, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam.

Aset Rizab Rasmi Malaysia US$119.59 Bilion Pada Akhir Mei 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 3.6 Peratus Pada Mei 2025

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus susut pada 3.6 peratus bagi Mei 2025 daripada penurunan 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Unit HSS Engineers Raih Kontrak Perundingan Dengan Davao Transport

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) memperoleh kontrak perundingan bagi Projek Pemodenan Pengangkutan Awam Davao di Filipina.

Inflasi Malaysia 1.2 Peratus Pada Mei 2025, Terendah Dalam Tempoh 51 Bulan - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Rundingan Tarif Malaysia-AS Di Landasan Tepat, Catat Kemajuan - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Rundingan Malaysia dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan Setiausaha Perdagangan AS berkaitan tarif AS yang berterusan berada di landasan tepat dan mencatatkan kemajuan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Prospek Perdagangan Malaysia Dijangka Tidak Menentu Susulan Ketidakpastian Tarif - Pakar Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pakar ekonomi mengekalkan pendirian berhati-hati mereka terhadap prospek perdagangan Malaysia tahun ini berikutan ketidaktentuan tarif global yang dijangka menjejaskan prestasi perdagangan dan pembuatan negara.

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan Susulan Konflik Timur Tengah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan, berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

SC Tambah 59 Nama Dalam Senarai Amaran Pelabur Bagi Suku Pertama

KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$119.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.