Terdapat 2134 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah"

Southern Cable Peroleh Tambahan Pesanan RM121.1 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd memperoleh pesanan tambahan bernilai RM121.1 juta di bawah kontrak sedia ada dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pembekalan kabel bawah tanah dan konduktor.

Hampir 1 Bilion e-Invois Dikeluarkan Setakat 4 Feb – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sekitar 981 juta e-Invois telah dikeluarkan setakat 4 Feb 2026, menunjukkan penggunaan sistem berkenaan secara meluas dalam kalangan pembayar cukai di seluruh negara.

Kerajaan Selesai Bayar Balik Lebihan Cukai RM22.45 Bilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Cecah Paras Tertinggi Baharu US$6.795 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini memaklumkan memaklumkan bahawa baki sukuk beredarnya meningkat ke paras tertinggi baharu berjumlah US$6.795 bilion (US$1 = RM3.93), melonjak 64 peratus daripada US$4.14 bilion setahun lepas.

GLLM Cadang Tawar RM1.10 Sesaham Jadikan GuocoLand Malaysia Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM), pemegang saham utama GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM) mencadangkan untuk menjadikan GLM sebagai syarikat persendirian melalui pengurangan modal terpilih dan pelaksanaan pembayaran balik.

Malaysia Kini Muncul Gerbang Utama Pengembangan Perdagangan Serantau India

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia kini dilihat kian penting dalam strategi India untuk menembusi pasaran Asia Tenggara, dengan negara ini berperanan sebagai pemangkin kepada peluasan hubungan perdagangan dan perniagaan serantau, kata seorang ahli akademik.

Emas, Perak Dijangka Terus Meningkat Dalam Tempoh Sederhana Hingga Jangka Panjang - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih Selama Empat Minggu

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut walaupun aliran masuk asing bersih merosot kepada RM12.8 juta minggu lepas, menurun daripada RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.

Permintaan Penumpang Kukuh Pada 2025 - IATA

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran penumpang udara global pada 2025 menyaksikan permintaan yang kukuh dan pertumbuhan positif tetapi pada masa sama menghadapi kekangan kapasiti yang berterusan dalam industri penerbangan disebabkan oleh cabaran penyahkarbonan dan isu rantaian bekalan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

KPF Lunas Bayaran RM1.21 Bilion Kepada Ahli Sepanjang Tempoh 2020-Nov 2025 -- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah membayar sejumlah RM1.21 bilion kepada ahlinya bagi permohonan pengeluaran syer dan dividen tahunan dalam tempoh 2020 hingga 30 Nov 2025.

RM9.50 Juta Insentif IPG Disalurkan Kepada 94,677 Pekebun Kecil Getah Sepanjang Jan-Nov 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seramai 94,677 pekebun kecil menerima manfaat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan jumlah bayaran sebanyak RM9.50 juta sepanjang tempoh Januari hingga November 2025, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).