Terdapat 81 berita berdasarkan kata kunci carian " ihp"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, selepas permintaan baharu untuk saham teknologi mendorong pasaran Amerika Syarikat (AS).

IHPR Malaysia Turun 0.4 Peratus Pada November - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, ia disebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Terus Turun 2.4 Peratus Pada Oktober 2024

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya lemah selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan inflasi tinggi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia terus mengekalkan momentumnya dalam wilayah positif pada tengah hari Selasa, menyanggah prestasi penurunan di peringkat pasaran serantau.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 0.3 Peratus Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat perlahan sebanyak 0.3 peratus kepada 115.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 0.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

MIDF Amanah Turunkan Unjuran Inflasi Kepada 2.0 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.

Inflasi Malaysia Turun Kepada 1.8 Peratus Pada September - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).