BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi menjatuhi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion berkaitan 1MDB | Terengganu kembali dilanda banjir, tiga PPS dibuka petang ini - APM Terengganu | 

Terdapat 78 berita berdasarkan kata kunci carian " bahas"

AWS Umum LLM AI Generatif Bahasa Melayu, MaLLaM, Bagi Perkhidmatan Awan

LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan Mesolitica, syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.

Taikun Perniagaan Rendah Diri, Sahabat Kenang Keperibadian Ananda Krishnan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

PETALING JAYA, 2 Dis (Bernama) -- Dalam dunia taikun perniagaan yang menyaksikan kejayaan lazimnya bertemankan kemasyhuran, kehebatan dan publisiti, seorang individu memilih jalan sebaliknya dengan mengetepikan kesemua itu walaupun berstatus antara orang terkaya Malaysia iaitu Ananda Krishnan.

PM Anwar Bakal Bertemu Pemimpin Perniagaan "Chaebol" Korea Selatan, Tarik FDI

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu ahli-ahli perniagaan utama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai "Chaebol," dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Hong Kong Buka Pintu Untuk Perniagaan Malaysia Terokai Pasaran GBA

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.

Tarian Rakyat Tambah Elemen Kemeriahan Kepada Acara APEC Buat Kali Ketiga Di Peru

LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu. 

Taobao Malaysia Perkenal Pelbagai Penambahbaikan Perkhidmatan Permudah Pembelian Antarabangsa 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.

Pelabur Dan Syarikat China Dilihat Semakin Berminat Terhadap Malaysia - PM Anwar

SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata minat dan kecenderungan pelabur dan syarikat dari China terhadap Malaysia dilihat semakin meningkat.

Malaysia Kutip Kira-kira RM500 Juta Duti Anti-Lambakan Bagi Tempoh 2016 Hingga Jun 2024

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat kutipan duti anti-lambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Hubungan Ekonomi AS-Malaysia Wujudkan 312,000 Pekerjaan Baharu - Kaunselor Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan, menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

Belanjawan 2025: Kerajaan Peruntuk RM50 Juta Pergiat Aktiviti Bahasa, Kesusasteraan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan  khususnya dalam kalangan generasi muda bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan.