2bulan ago
KINABATANGAN, 29 Nov (Bernama) -- Pengundi muda di Sabah tidak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, lebih-lebih lagi ada antaranya yang mengundi buat kali pertama selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.
2bulan ago
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Sabah dijangka mendapat manfaat yang lebih besar dalam sumber minyak dan gas (O&G) susulan pengambilalihan sebanyak 20 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara oleh syarikat milik kerajaan negeri SMJ Energy (SMJE).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman dari Sabah menjangkakan permintaan yang lebih kukuh daripada sektor pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, disokong oleh ketibaan pelancong yang meningkat dan penggunaan yang stabil dari hotel serta kedai runcit.
2bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 23 Nov (Bernama) -- Sabah kini memasuki fasa baharu dalam transformasi ekonomi berasaskan sumber marin menerusi inisiatif Ekonomi Biru yang dijangka membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat.
2bulan ago
LABUAN, 22 Nov (Bernama) -- Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT), antara fasiliti minyak dan gas terawal dan paling lama bertahan di Malaysia, terus kekal menjadi simbol kecemerlangan operasi negara ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-50, kata Pengerusi Hibiscus Petroleum Bhd, Zainul Rahim.
2bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) -- Sabah terus memperkukuh kedudukan ekonomi dan prestasi pelaburannya sepanjang lima tahun lepas dengan pelbagai sektor giat berkembang seperti solar, minyak dan gas serta komponen bateri kereta elektrik.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- NuEnergy Holdings Bhd (NHB) telah memperoleh dua kontrak loji solar fotovoltaik berskala besar (LSSPV) di Sabah, bernilai RM56.3 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mendapat sokongan kukuh pada paras RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada Disember 2025 dan berpotensi meningkat kepada sekitar RM4,500 satu tan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan penambahan empat lagi unit bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 2026 khusus untuk meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak.
3bulan ago
KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi.