BERITA TERKINI   Sokongan padu kepada bidang sukan negara pastikan selaras kemajuan ekonomi, intelek - PM Anwar | 

Terdapat 635 berita berdasarkan kata kunci carian " donald trump"

Penurunan Tarif AS Dorong Perdagangan, Kukuh Hubungan Dua Hala  - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.

Penurunan Tarif AS: Tengku Zafrul Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat Pada Isnin - Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Penurunan Kadar Tarif Perkembangan Positif Sektor Eksport Negara - Chow

GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan.

 

AS Kurangkan Tarif Ke Atas Import Malaysia Kepada 19 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari Walaupun Optimis Terhadap RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Niaga Hadapan Serantau Dan Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

Tarif Baharu As Ke Atas Malaysia Diumum Esok - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Pelabur Tumpu Hasil Rundingan Tarif AS, Dasar

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur bertindak mengambil untung selain berpendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan sentimen pasaran percaya ketegangan perdagangan semakin mereda, kata seorang penganalisis.  

Malaysia Sedang Giat Berunding Dengan AS, Sasar Tarif Bawah 20 Peratus – Tengku Zafrul

PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.