1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla menggunakan komponen daripada kira-kira 45 pembekal tempatan secara langsung dan tidak langsung yang turut melibatkan pemindahan teknologi kepada pembekal tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Petronas dan pihak berkepentingan lain dalam sektor tenaga di Asia Tenggara mengumumkan sektor itu berupaya memainkan peranan utama dalam usaha penyahkarbonan di rantau ini dengan menumpukan kepada pengurangan pelepasan metana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 21 Nov (Bernama) – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Bank Islam hari ini untuk menghulurkan bantuan kewangan serta perundingan kepada bakal usahawan dan komuniti asnaf dalam pulau bebas cukai itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Aktiviti perniagaan Malaysia di Vietnam telah melebihi nilai US$13 bilion (US$1=RM4.47), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi keutamaan kepada peningkatan memudah cara perdagangan dalam kalangan negara ASEAN dan mengukuhkan kesalinghubungan pasaran modal ASEAN, mengiktiraf kepentingan strategik pasaran modalnya susulan negara bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak diperuntukkan RM1.31 bilion menerusi Belanjawan 2025 negeri, peningkatan ketara sebanyak 64 peratus daripada RM799.52 juta yang disediakan bagi tahun ini.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport yang ditetapkan sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) meraih prospek perdagangan bernilai lebih RM300 juta di Ekspo Import Antarabangsa China Ketujuh (CIIE) di Shanghai, melebihi sasaran asal sebanyak RM160 juta.