1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia akan memastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila negara ini mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd mencadangkan terbitan bonus sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya berikutan prestasi kukuh syarikat itu pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, dengan hasil tahunan meningkat 63 peratus kepada RM15 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd menyusut kepada RM71.16 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2024 berbanding RM120.19 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
TOKYO, 26 Sept (Bernama) -- Eksport kandungan permainan digital Malaysia dijangka menunjukkan potensi besar tahun ini, dengan Jepun muncul sebagai pasaran utama, di tengah-tengah unjuran industri permainan global yang akan mencecah US$187.7 bilion pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Institut Percukaian Malaysia (CTIM) mencadangkan agar kerajaan mentakrifkan semula klasifikasi semasa model cukai pendapatan B40, M40 dan T20 untuk mencerminkan landskap ekonomi yang semakin berkembang.
1tahun ago
SINGAPURA, 26 Sept (Bernama) -- MAB Engineering Services (MABES), anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), memperoleh kontrak dan kerjasama penting pada MRO Asia-Pasifik 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia komited terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dengan menyokong lebih 500,000 usahawan dalam kalangan komuniti itu melalui program kewangan mikro, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
1tahun ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Penyedia teknologi penyelesaian awan PointStar dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meneruskan kejayaan inisiatif Pecutan Digital bagi Pembelajaran dan Penerapan Industrinya (DALIA) dengan memperkenalkann program DALIA 2.0 pada Sidang Kemuncak Go Digital: Gemini for Google Cloud Day 2024 baru-baru ini.