BERITA TERKINI   Laporan awal menunjukkan terdapat 36 orang rakyat Malaysia daripada pelbagai NGO di atas kapal Flotila Sumud Global - Kementerian Luar | GSF 2.0: Seramai 175 aktivis diculik termasuk 10 rakyat Malaysia dan dibawa ke Israel setakat ini - SNCC | GSF 2.0: Sebanyak 21 kapal dipintas ketika menghampiri perairan Greece setakat 7 malam ini - SNCC | GSF 2.0 : Setakat 7 malam ini, kapal Tam Tam tidak dipintas, tetapi dirosakkan rejim Israel - SNCC | Satu daripada 22 kapal misi GSF yang dipintas tentera Israel berjaya dihubungi setakat 7 malam ini - Fahmi | 

PointStar, MPC Perkenal DALIA 2.0 Untuk Tingkat Produktiviti Menerusi Penyelesaian AI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Penyedia teknologi penyelesaian awan PointStar dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meneruskan kejayaan inisiatif Pecutan Digital bagi Pembelajaran dan Penerapan Industrinya (DALIA) dengan memperkenalkann program DALIA 2.0 pada Sidang Kemuncak Go Digital: Gemini for Google Cloud Day 2024 baru-baru ini.

Program DALIA, yang diiktiraf sebagai Program Peningkatan Produktiviti utama MPC, telah membimbing hampir 100 organisasi di Malaysia untuk memulakan usaha pendigitalan mereka sejak dilancarkan semasa acara Google Cloud Day tahun lepas.

PointStar dilantik sebagai perunding teknologi utama bagi program ini, yang memanfaatkan penyelesaian Appsheet Google Cloud -- platform pembangunan tanpa kod.

Rakan-rakan penyedia itu dalam satu kenyataan bersama berkata program DALIA 2.0 tersebut bertujuan untuk membantu lebih banyak syarikat pada tahun ini bersandarkan kepada kejayaan sebelum ini.

“DALIA 2.0 melancarkan program peningkatan baharu -- Program Penerapan Transformasi kecerdasan buatan (AI).

“Program ini akan membantu setiap syarikat yang mengambil bahagian untuk melaksanakan penyelesaian AI dan awan yang akan mencapai keuntungan produktiviti minimum RM1 juta dalam tempoh tiga tahun,” kata kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pengarah MPC Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata program DALIA 2.0 yang dipertingkatkan akan mengguna pakai penyelesaian AI terbaharu daripada Google Cloud untuk membantu lebih banyak perniagaan menyelaraskan proses dan mempercepatkan usaha transformasi digital mereka.

Beliau melahirkan keyakinan DALIA 2.0 akan mencapai hasil yang lebih hebat daripada program DALIA pertama.

"MPC berhasrat untuk membangunkan syarikat model produktiviti yang dilengkapi dengan teknologi terkini, terutamanya, memupuk minda pertumbuhan melalui penggunaan mekanisme lean (pengoptimuman) untuk meningkatkan produktiviti.

“Kerjasama dengan Google Cloud Malaysia dan PointStar ini akan membantu kami mencapai aspirasi itu, serta meningkatkan daya saing Malaysia di kedudukan global,” katanya.

-- BERNAMA