9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Apabila pengilang Malaysia menjalani transformasi digital, melindungi operasi, data dan rantaian bekalan daripada ancaman yang semakin meningkat menjadi penting, memerlukan tindakan pantas untuk memperkukuh pertahanan keselamatan siber.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka stabil dalam tempoh terdekat, berikutan pemulihan dalam pengeluaran dan permintaan daripada pasaran pengimport utama seperti India, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini susulan Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) merosot disebabkan prospek ekonomi AS lemah dan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai tarif timbal balik yang dijadualkan diumumkan oleh AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Cape EMS Bhd memeterai perkongsian dengan syarikat gergasi aeroangkasa Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) Taiwan untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), pembuatan komponen aeroangkasa dan teknologi sains hayat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini disokong oleh kemajuan berterusan dalam projek jangka panjang, peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan monetari global yang mereda, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila data ekonomi AS yang positif telah mengukuhkan mata wang negara maju itu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan dana kumulatif berjumlah RM1.5 bilion bagi menyokong inisiatif pendigitalan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan daya saing perniagaan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh firma pembinaan Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) tekah memperoleh kontrak berbilai RM100 juta untuk kerja-kerja tanah di Mukim Kerling, Hulu Selangor.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat Malaysia daripada pelbagai industri untuk menyertai empat pameran perdagangan utama iaitu Battery Show Asia, Mobility-Tech Asia, Build4Asia dan Data Center Asia yang akan diadakan serentak di AsiaWorld-Expo, Hong Kong bermula 15 hingga 17 Julai 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Hotayi Electronic (M) Sdn Bhd mengadakan majlis pecah tanah bagi pengembangan kilang pintar fasa ketiga bernilai RM500 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang, yang dijangka melahirkan 1,000 pekerjaan baharu berkemahiran tinggi.